Insiden Lori Rempuh Motosikal: Pemandu Lori Rempuh Sembilan Motosikal Direman 3 Hari

Insiden Lori Rempuh Motosikal: Pemandu Lori Rempuh Sembilan Motosikal Direman 3 Hari

SUNGAI PETANI: Pemandu lori berusia 28 tahun yang dipercayai terlibat dalam nahas membabitkan kenderaan dipandunya dengan sembilan motosikal di bawah jejambat Kilometer 92.8, Lebuhraya Utara Selatan, Sungai Petani, pada Isnin, direman tiga hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurul Ainna Ahmad di Mahkamah Sungai Petani bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam kejadian kemalangan yang berlaku kira-kira jam 2.40 petang semalam, dua lelaki berusia 28 dan 31 tahun disahkan terkorban manakala enam yang lain cedera.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah memaklumkan, sebelum kejadian, penunggang motosikal sedang berteduh di bawah jejambat kerana hujan lebat.

Namun, secara tiba-tiba, sebuah lori dinaiki dua lelaki berumur 28 tahun yang bergerak di lorong kiri telah merempuh kesemua mangsa dari arah belakang.

Jelas beliau, akibat pelanggaran itu, dua mangsa yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

Enam lagi mangsa cedera, manakala tiga individu termasuk pemandu dan kelindan lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambahnya, ujian saringan air kencing dan alkohol juga telah dilakukan ke atas pemandu serta kelindan lori dan keputusannya mendapati kedua-dua mereka bebas pengambilan kedua-dua bahan tersebut.-AA

Insiden Lori Rempuh Motosikal: Pemandu Lori Rempuh Sembilan Motosikal Direman 3 Hari

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker