Mufti ikhlas tegur ‘Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’

GEORGE TOWN – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor mengakui yang tegurannya berhubung ‘Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’, baru-baru ini adalah ikhlas demi kebaikan umat Islam dan bukannya untuk mencari populariti atau kepentingan diri.

Menurutnya, beliau hanya memberi pandangan peribadi sahaja berdasarkan pertimbangan yang menyeluruh dan bukannya sekadar ingin mencapai kepentingan segera, mengambil kira kesan konsert itu ke atas umat Islam di sudut rohani.

“⁠Saya ingin mengingatkan semua pihak bahawa pandangan peribadi seorang mufti tidak mengikat mana-mana individu Muslim atau bukan Muslim.



“Ini adalah kerana mufti bukanlah seorang yang maksum atau terpelihara daripada kesalahan. Pandangan mufti bukan seperti ayat al-Quran atau hadis sahih yang tidak boleh dibantah oleh mana-mana penganut agama Islam,” katanya.

Beliau berkata, terserah kepada pihak bersangkutan dan orang ramai sama ada mahu menerima pandangan yang diberikan atau menolaknya berdasarkan pertimbangan masing-masing.

“Saya akui bahawa ia dianjurkan dengan niat yang murni dan ikhlas. Tetapi isu sebenarnya yang menjadi fokus saya terhadap konsert berkenaan ialah tarikhnya yang tidak sesuai kerana terlalu hampir dengan bulan Ramadan,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya lagi, beliau amat berterima kasih kepada Pihak Yayasan Nurjiwa kerana sudi memberi penjelasan yang terperinci tentang tujuan penganjuran konsert untuk mengutip dana bagi menampung beberapa kluster kerja kebajikan termasuk bantuan khas kepada rakyat Palestin.



“Pada pandangan saya, mengadakan konsert pada hari-hari menghampiri bulan Ramadan adalah melalaikan umat Islam daripada menumpu perhatian kepada aspek pembangunan rohani.

“Sepatutnya dalam waktu sedemikian umat Islam digalakkan untuk membuat persiapan rohani secukupnya bagi menyambut kedatangan bulan yang mulia tersebut,” ujarnya.

Jelasnya lagi, beliau sememangnya amat berlapang dada tentang hiburan dan aktiviti seni umumnya.

“Bagi saya agama Islam sebagai cara hidup yang selari dan seraksi dengan keadaan semula jadi manusia (fitrah) tidak mungkin menentang hiburan dan kesenian yang bersih (al-funun al-bari’ah), asalkan ia tidak mendorong kepada maksiat dan tidak melalaikan daripada kewajipan kepada Allah dan kepada sesama manusia.



“Inilah pendirin saya yang konsisten walaupun saya tahu ada sebahagian ulamak yang berpandangan bahawa hukum nyanyian dan muzik adalah haram dan berdosa,” tambahnya.

Dalam pada itu, Wan Salim turut memohon maaf kepada Siti Nurhaliza dan Yayasan Nurjiwa kerana teguran yang dibuat secara terbuka itu menimbulkan polemik yang tidak dijangka sama sekali

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan

Unsur ‘softporn’, Alya Iman dan Shukri ‘dibantai’ netizen



Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk

SuriaFM dedah punca khidmat Tyzo ditamatkan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker