Mahathir takutkan Melayu lagi

Mahathir dakwa undi PH, Tanah Melayu akan hilang

Mahathir takutkan Melayu lagi

MUAR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, orang Melayu digesa keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi jika tidak mahu kehilangan Tanah Melayu yang telah diwarisi sejak ratusan tahun lalu.

Dr. Mahathir berkata, jika mengikut sejarah, Tanah Melayu sebenarnya luas iaitu bermula dari Segenting Kera di Thailand hingga ke Kepulauan Lingga, Indonesia.



Jelasnya, bagaimanapun, orang Melayu kehilangan sedikit demi sedikit tanah mereka sehingga tinggal yang ada sekarang ini.

Oleh yang demikian, Dr. Mahathir meminta orang Melayu keluar beramai-ramai mengundi jika tidak mahu mereka terus kehilangan tanah.

“Ini kerana jika parti itu (Pakatan Harapan) terus memperolehi kemenangan, mereka akan memberikan Tanah Melayu ini kepada orang lain.

“Saya tidak setuju Tanah Melayu diberikan kepada orang lain, oleh yang demikian jangan sokong Pakatan Harapan (PH) kerana mereka mahu berikan Tanah Melayu diberi kepada orang lain,” katanya dalam Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) di Markas Pas Bakri di sini, hari ini.



Dalam pada itu, Dr. Mahathir turut menyatakan kesedihan apabila ramai orang Melayu tidak mahu keluar mengundi, seperti kaum Cina yang akan keluar beramai-ramai.

“Oleh yang demikian, jika tidak mahu kehilangan Tanah Melayu, orang Melayu perlu keluar dan memberikan sokongan kepada calon PN agar Tanah Melayu dapat dipertahankan,” katanya. Utusan

Eloklah Mahathir dan PN hentikan mainkan isu perkauman dan politik takut-menakutkan. Cuba jelaskan macam mana Tanah Melayu boleh hilang sekiranya undi PH. Negeri yang selama ini diperintah PH tiada pula kedengaran Melayu diabaikan.

Mahathir takutkan Melayu lagi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)



Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?

Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu



‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker