Warga asing berdiri tengah jalan demi rakam gambar lori berhias

Seorang warga asing sanggup keluar dari kenderaan pikapnya hanya kerana mahu merakam gambar lori 10 tayar di wilyah Isaan pada Jumaat lalu. – Foto Thaiger

BANGKOK – Seorang pelancong asing di Thailand dikecam kerana memberhentikan dan keluar dari kenderaan pikap yang dipandunya sebelum berdiri di tengah jalan raya semata-mata mahu merakam gambar lori 10 roda yang dihias, lapor portal berita Thaiger semalam.

Pemandu lori berkenaan kemudian merakam video memaparkan gelagat warga asing itu sebelum memuat naiknya di akaun TikTok, zico.shock Jumaat lalu.

Rakaman tersebut menunjukkan pelancong asing berkenaan langsung tidak mengendahkan persekitaran jalan raya itu di Sakhon Nakhon, wilayah Isaan.

Dalam rakaman video itu, warga asing berkenaan meletakkan kenderaan pikap berwarna jingga di hadapan lori tersebut dan cuba merakamkan gambarnya menggunakan telefon bimbit.



Namun, dia tidak menyedari bahawa perbuatannya itu telah menyebabkan lalu lintas terhenti kerana mengambil masa yang lama untuk mengendalikan telefon bimbitnya.

Video itu menjadi tular TikTok Thailand dengan mendapat lebih 360,000 tanda suka dan lebih 3,000 komen. – Agensi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai



Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar

Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker