Siasat Tun kena bermula dengan Mahathir dan keluarga

Siasat Tun kena bermula dengan Mahathir dan keluarga

Kenyataan berbaur sindiran oleh Tun Dr Mahathir Mohamad supaya menahan reman semua individu bergelar Tun jika enggan mendedahkan hasil kekayaan mereka, disifatkan sebagai menunjukkan kesombongan sikap bekas Perdana Menteri itu.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata jika benar Dr Mahathir jujur dengan kata-katanya, siasatan harus dimulakan dengan bekas Perdana Menteri itu serta keluarga beliau.



“Kenyataan bernada sindiran Tun Dr Mahathir supaya ‘tahan reman’ semua orang yang memiliki pangkat Tun jika enggan mendedahkan hasil kekayaan mereka, menunjukkan kesombongan sikapnya.

“Ini kerana SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sedang menyiasat rakan baiknya, Tun Daim Zainuddin (bekas Menteri Kewangan), atas kes pengubahan wang haram,” dakwanya dalam ciapan melalui aplikasi X.

Semalam, Dr Mahathir dalam hantaran menerusi X, bersetuju supaya semua mereka yang bergelar ‘Tun’ termasuk beliau sendiri, disiasat dan ditahan reman jika gagal menjelaskan sumber pendapatan.

“Saya bersetuju sepenuhnya bahawa Tun perlu disiasat. Jika mereka tidak dapat menjelaskan di mana atau bagaimana mereka mendapat wang itu, harta mereka harus disita.



“Tidak perlu mendapatkan dokumen bukti mengenai salah laku mereka. Syak wasangka sahaja sudah memadai. Tun bukan sahaja perlu disiasat. Mereka juga perlu direman sehingga mereka mendedahkan sumber wang mereka. Jika tidak, itu pasti kerana mereka sembunyikan,” kata Dr Mahathir dalam kenyataan berbaur sinis melalui Facebook itu.

Mengulas lanjut, Shamsul Iskandar mendakwa, umum mengetahui akan kekayaan anak Dr Mahathir, dan sewajarnya SPRM memulakan siasatan dari mana datang kekayaan terbabit jika benar bekas Perdana Menteri itu mahu siasatan dimulakan ke atas golongan yang memiliki gelaran Tun

Malah, beliau berkata, siasatan juga perlu dibuat semula ke atas kes penyelewengan dana dan kerugian Perwaja Steel, projek hidroelektrik Bakun, MISC, Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) serta Maminco, selain kes didakwa berkait anak Dr Mahathir seperti Kenchana Petroleum.

“Tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang, maka siasatlah harta orang yang berpangkat Tun, bermula daripada Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarganya.



“Semua orang termasuk mereka memiliki pangkat Tun, tidak berada di atas undang-undang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mendakwa, orang ramai juga mengetahui Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian kerana tidak senang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak 1998.

“Ini kerana keengganan Anwar yang ketika itu menjadi Menteri Kewangan, untuk menyelamatkan syarikat milik anak-anak Dr Mahathir ketika krisis ekonomi Asia 1997, 1998, yang mengakibatkan pemecatan Anwar dan mencetuskan krisis politik hingga hari ini,” dakwanya. BH

Siasat Tun kena bermula dengan Mahathir dan keluarga



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah sudah disunting?



Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari

Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023



Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker