Status agama wanita Melayu kahwin warga India: K’jaan tunggu Jaij

Kerajaan akan berurusan dengan wanita yang dikatakan berkahwin dengan seorang atlet sukan kebangsaan India yang juga penganut agama Sikh.

Ini selepas tanda tanya mengenai status agama wanita berkenaan, tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaari berkata, pihaknya akan memanggil wanita itu apabila dia kembali ke Malaysia.

Menurutnya, setakat ini pihaknya masih menunggu maklumat rasmi daripada Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) berhubung status agama wanita berkenaan.


“Berdasarkan maklumat awal yang diterima, wanita berkenaan masih seorang muslim dan setakat ini tiada permohonan diterima untuk menukar agama.

“Kita juga tidak pernah menerima sebarang permohonan wanita berkenaan untuk berkahwin di luar negara.

“Menerusi pembacaan saya di media sosial, wanita berkenaan masih Islam dan lelaki itu dikatakan sudah memeluk Islam akhir tahun lalu.

“Perkara ini akan terungkai sebaik kita mendapat penjelasan daripada wanita itu sendiri,” katanya ditemui media selepas Majlis Pengagihan Bantuan Musim Tengkujuh kepada nelayan dan petani peringkat DUN Panchor, di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu, satu video majlis perkahwinan yang didakwa dilakukan mengikut upacara agama Sikh berlangsung di India itu juga turut tular di media sosial.

Sementara itu, Marzuk berkata, majlis resepsi tersebut bercanggah dengan ajaran Islam kerana terdapat unsur agama lain.

“Kita memahami kegusaran masyarakat berhubung perkara berkenaan kerana ia perkara sensitif.

“Tetapi kita bersangka baik dan mengandaikan wanita itu masih Islam dan menunggu pengesahan rasmi,” jelasnya.

Sementara itu, Exco Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi dipetik Utusan Malaysia berkata isu ini “masih dalam siasatan.”

Difahamkan wanita itu berasal dari Johor. Mk

Kapten Hoki India Kahwini Gadis Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker