Usul undi percaya terhadap PM tiada dalam agenda Dewan Rakyat

Usul undi percaya terhadap PM tiada dalam agenda Dewan Rakyat, dedah Ahli Parlimen

Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil mendedahkan tiada usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan dibentangkan ketika sidang Dewan Rakyat pada 13 Sept hingga 12 Okt ini.

“Baru terima aturan urusan mesyuarat @MYParlimen, soalan pertama pada 14 Sept oleh Jempol (Salim Sharif) diikuti Port Dickson (Anwar Ibrahim),” katanya menerusi ciapan di Twitter yang turut melampirkan beberapa muka surat dokumen Aturan Urusan Mesyuarat Pertama, Penggal ke-4 Dewan Rakyat ke-14.



Katanya, hanya tiga usul dibawa sepanjang 18 hari sidang, iaitu memilih Timbalan Speaker, memerintahkan Ketua Polis Negara tidak menghalang Ahli Parlimen masuk ke bangunan berkenaan dan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.

“Tiada usul (undi) percaya terhadap PM9 @IsmailSabri60,” katanya.

Menurut Istana Negara pada 18 Ogos, Yang di-Pertuan Agong bertitah “Perdana Menteri yang telah dilantik oleh Baginda menurut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat”.

Bagaimanapun, Peguam Negara Idrus Harun mencetuskan polemik sekali lagi berhubung isu undi percaya di Parlimen, dengan menyatakan tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Perdana Menteri dan kerajaan yang dibentuk baru-baru ini.



Katanya, pelantikan Perdana Menteri dan pembentukan kerajaan yang dibuat sebelum ini mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. FMT

Usul undi percaya terhadap PM tiada dalam agenda Dewan Rakyat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Lagu Caprice membuatkan Yahudi lari bertempiaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker