Ambang Tahun Baharu, Putrajaya meriah tetapi terkawal

Putrajaya: Ambang Tahun Baharu di sini disambut meriah walaupun dalam keadaan norma baharu.

Tinjauan mendapati, pengunjung hanya berkumpul dengan rakan mereka dalam kelompok kecil kurang daripada lima orang.

Malah, ada juga pengunjung yang dilihat membawa anak mereka bermain buih sabun belon yang disediakan di sekitar Dataran Putrajaya, Presint 3.

Selain itu, terdapat juga anggota polis yang bertugas memantau keadaan sekeliling serta melancarkan pergerakan lalu lintas di sekitar dataran berkenaan.



Rata-rata pengunjung yang ditemui, mengetahui tiada sebarang sambutan atau pertunjukan bunga api di sini, namun kebanyakan mereka ‘menukar’ sambutan Ambang Tahun Baharu itu dengan melakukan pelbagai aktiviti sihat seperti berlari dan berbasikal.

Pengunjung, Afif Azahar, 30, berkata pada kebiasaannya dia akan berjumpa dengan rakannya serta menunggu detik 12 tengah malam dan melihat pertunjukan bunga api.

“Namun tahun ini amat berbeza tetapi saya tetap datang ke sini untuk menyambut bersama rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa,” katanya yang menetap di Banting.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali, berkata seramai sembilan pegawai dan 47 anggota polis daripada pelbagai cawangan dikerahkan pada malam ini.



“Terdapat tujuh lokasi yang dikenal pasti menjadi tumpuan pengunjung pada malam ini, antaranya Dataran Putra, Dataran Putrajaya, perkarangan Istana Kehakiman, Jambatan Seri Wawasan, Jambatan Seri Gemilang, Jabatan Seri Saujana dan Empangan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohd Fadzil berkata, pihaknya akan melaksanakan Ops Ambang Tahun Baharu selama empat hari bermula hari ini.

“Bermula hari ini sehingga 4 Januari nanti kita akan buat Ops Ambang Tahun Baharu, disebabkan ia adalah hari cuti kita jangka akan ramai pengunjung di Putrajaya.

“Berikutan itu kita akan mempertingkatkan rondaan dan memantau pematuhan masyarakat di sini. Buat masa ini kita dapati kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) penduduk di Putrajaya ini sangat tinggi,” katanya. HM



Cantik dan Manisnya! Lihatlah Foto Menantu Tengku Adnan Persis Model Antarabangsa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker