Kereta kebal rosak, jalan ke KL Sentral sesak

Kereta kebal rosak, jalan ke KL Sentral sesak

Sebuah kereta kebal milik tentera rosak menyebabkan trafik di laluan susur Carcosa Seri Negara ke KL Sentral sesak kira-kira sejam pagi tadi.

Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat (KLCCC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Facebook, memuat naik tangkap layar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu yang tertera 10.27 pagi, menunjukkan kereta kebal itu menghalang laluan tengah jalan.

Kereta kebal itu berjaya ditunda ke lokasi selamat sejam selepas itu.

“(Jam) 11.21 pagi: kereta kebal berjaya ditunda ke lokasi selamat. Kes selesai,” menurut KLCCC DBKL.

DBKL berkata, sebuah lagi kereta kebal dihantar oleh tentera untuk menunda kereta kebal itu kira-kira sejam kemudian.

FMT sudah menghubungi Kementerian Pertahanan untuk maklumat lanjut.

Kejadian itu menarik perhatian warganet yang menyifatkan laporan trafik pagi tadi “lain daripada yang lain”.

“Cari saja kedai besi buruk terdekat…,” tulis Pasu Pathy.

“Ini menunjukkan negara kita aman, kurang jalan (digunakan), jadi enjin jam,” tulis Chong Kim Teck.

Kereta kebal rosak, jalan ke KL Sentral sesak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kes Najib penganiayaan politik – Armand

Gurauan melampau rakan

Bekas mak nyah insaf selepas mimpi dibakar api

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker