Jamal Musiala cedera ngeri, patah pergelangan kaki ketika menentang PSG

Jamal Musiala cedera ngeri, patah pergelangan kaki ketika menentang PSG

Jamal Musiala cedera ngeri, patah pergelangan kaki ketika menentang PSG
Penyerang Bayern Munich, Harry Kane dan pertahanan Paris Saint-Germain (PSG), Achraf Hakimi hanya mampu memandang sayu ketika rakan sepasukan mereka, Jamal Musiala terbaring kesakitan selepas mengalami kecederaan ngeri dalam aksi suku akhir Piala Kelab Dunia 2025 di Stadium Mercedes-Benz, Atlanta. – Foto AFP

Atlanta: Aksi suku akhir Piala Kelab Dunia antara Bayern Munich dan Paris Saint-Germain (PSG) bertukar tragedi apabila bintang muda Jerman, Jamal Musiala dilaporkan mengalami kecederaan ngeri dipercayai patah pergelangan kaki selepas bertembung dengan penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma.

Insiden mengejutkan itu berlaku pada lewat permainan apabila Jamal cuba melepasi kawalan benteng terakhir PSG sebelum dilanggar keras oleh Donnarumma, menyebabkan pemain berusia 22 tahun itu menjerit kesakitan dan rebah sambil memegang kaki kirinya.

Situasi menjadi lebih memilukan apabila beberapa pemain kedua-dua pasukan dilihat tidak sanggup melihat kecederaan itu, manakala Donnarumma sendiri kelihatan terkejut dan tergamam dengan apa yang berlaku.

Jamal yang baharu sahaja kembali daripada kecederaan otot musim lalu, sebelum ini dijangka menjadi tonggak utama skuad kendalian Vincent Kompany musim ini selepas kehilangan Leroy Sane yang berhijrah ke Galatasaray.

Dengan rekod 21 gol dan 8 bantuan jaringan musim lalu, kehilangan Jamal bakal menjadi tamparan hebat buat Bayern Munich yang sedang memburu kejayaan di pentas antarabangsa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya


Lebih membimbangkan, Jamal baru saja memperbaharui kontraknya hingga 2030 dan insiden itu berlaku ketika dia dalam prestasi terbaiknya sejak kembali beraksi bulan lalu.

Pada masa ini, Bayern belum mengesahkan tahap kecederaan sebenar, namun sumber pasukan memberi bayangan bahawa Jamal mungkin terpaksa direhatkan panjang, sekali gus membuka kemungkinan kelab Jerman itu mencari pengganti segera dalam jendela perpindahan.

Jamal dibawa keluar menggunakan pengusung perubatan dan dihantar ke hospital terdekat untuk rawatan lanjut, manakala penyokong Bayern di seluruh dunia kini menanti perkembangan terbaru dengan penuh debar.

 

Jamal Musiala cedera ngeri, patah pergelangan kaki ketika menentang PSG

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker