Budak maut, sepupu parah dirempuh kereta ketika melintas

Budak maut, sepupu parah dirempuh kereta ketika melintas

Budak maut, sepupu parah dirempuh kereta ketika melintas
Lokasi kemalangan menyebabkan seorang kanak-kanak maut, manakala sepupunya parah di Likas. – Foto NSTP/Juwan Riduan

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak perempuan maut, manakala adik sepupunya parah selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Tun Fuad Stephen, berhampiran Teluk Likas, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 9.45 pagi itu, Nur Syahirah Syakillah Anuar, 12, bersama adik sepupu perempuannya berusia tujuh tahun dalam perjalanan hendak membeli makanan di kawasan Anjung Selera, Likas, yang terletak tidak jauh dari kediaman mereka.

Difahamkan, Nur Syahirah Syakillah, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Likas, tinggal bersama keluarganya di Taman Kurnia Jaya, Likas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, berkata kejadian membabitkan kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun.

“Kereta itu dalam perjalanan dari Sepanggar ke Likas melalui lorong kanan jalan sebelum merempuh dua kanak-kanak perempuan yang dipercayai melintas secara tiba-tiba dari arah kiri ke kanan jalan.

“Akibat rempuhan itu, seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan, manakala seorang lagi cedera di kepala dan kini sedang menerima rawatan di Zon Kecemasan Hospital Likas dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk proses bedah siasat yang dijadualkan pada hari yang sama.

“Pemandu tidak mengalami kecederaan dan tidak disyaki di bawah pengaruh alkohol atau dadah. Namun sampel darah diambil untuk analisis toksikologi di Jabatan Kimia. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sementara itu, Kasim berkata, polis menyeru orang ramai yang menyaksikan kejadian itu untuk tampil menyalurkan maklumat atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor, Inspektor Brymenedren Godon di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bagi membantu siasatan.

Budak maut, sepupu parah dirempuh kereta ketika melintas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker