Imigresen FC II sasar lima terbaik

Imigresen FC II sasar lima terbaik

Imigresen FC II sasar lima terbaik
AZLAN (tengah) pada sesi menandatangani kontrak pemain dan barisan kejurulatihan pasukan IFC II, semalam. FOTO IMIGRESEN FOOTBALL CLUB

Kuala Lumpur: Imigresen II (IFC II) menyasarkan untuk berada di kedudukan lima terbaik selepas mengambil kira persaingan musim ini yang dilihat begitu kompetitif dalam saingan Liga A1 Semi Pro 2025/2026.

Pengendali IFC II, Azlan Ahmad berkata, bagi memastikan mereka dapat membentuk keserasian lebih baik, sembilan pemain daripada musim lalu dikekalkan sambil dibantu dengan beberapa muka baharu yang diyakini mampu meningkatkan prestasi pasukan.

“Kita membawa masuk pemain muda baharu yang ada pengalaman dalam liga bola sepak tempatan, selain mengekalkan pemain pertahanan import (Brazil), Felipe De Lima Ribeiro dan akan membawa masuk penyerang import baharu,” katanya.

Tambahnya lagi, memandangkan saingan kali ini disertai JDT II, Selangor FC II, Kedah dan Perak, sudah pasti perebutan kejuaraan akan menjadi lebih sengit, namun anak didiknya tekad untuk memberikan tentangan kepada semua pasukan.

“Saingan kali ini tidak sama seperti sebelumnya, jadi secara peribadi saya ingin memastikan IFC II menamatkan aksi dalam kelompok lima terbaik,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati


IFC mempunyai rekod yang cemerlang dalam saingan Liga A1 apabila merangkul kejuaraan pada 2023/2024 dan meraih gelaran naib juara pada musim lalu.

Imigresen FC II sasar lima terbaik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker