8 jam padam kebakaran gudang kilang perabot – Bomba

8 jam padam kebakaran gudang kilang perabot – Bomba

8 jam padam kebakaran gudang kilang perabot - Bomba
Anggota bomba memadam kebakaran gudang kilang perabot di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai. – Foto ihsan JBPM Melaka

MELAKA: Pasukan bomba ‘bermandi peluh’ hampir lapan jam bagi memadamkam kebakaran sebuah gudang perabot di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, gudang perabot berkeluasan 200 kaki x 300 kaki (5,574.1824 meter persegi) musnah terbakar 80 peratus dan berjaya dipadamkan sepenuhnya jam 6.08 pagi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd Hafidzatullah Rashid ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran jam 9.44 malam.

Katanya, seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu, Cheng dan Melaka Tengah terbabit operasi pemadaman itu yang turut menggunakan sebuah lori tangki air.

Katanya, sebaik tiba di lokasi jam 9.54 malam, Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Fazzil Yusof melaporkan gudang kilang perabot jenis kekal itu terbakar 80 peratus.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya


“Pasukan bomba melakukan pemadaman dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kilang berhampiran pada jam 1.12 pagi dan operasi tamat sepenuhnya jam 6.08 pagi.

“Selepas memastikan tiada risiko bahaya di lokasi, pasukan bomba bersama jentera bergerak ke balai,” katanya.

Beliau berkata setakat ini punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

8 jam padam kebakaran gudang kilang perabot – Bomba

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker