Suspek kes rogol lolos tahanan polis

Suspek kes rogol lolos tahanan polis

Suspek kes rogol lolos tahanan polis

SIBU: Polis kini giat memburu seorang lelaki warga Indonesia yang melarikan diri dari tahanan di Balai Polis Sentral, Sibu petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili, berkata tahanan terbabit masih berada dalam tempoh reman berhubung siasatan kes rogol mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, ketika melarikan diri, tahanan berkenaan masih memakai pakaian lokap berwarna ungu dan bergari.

“Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Operasi mengesan tahanan itu dilancarkan pada jam 4 petang semalam, membabitkan semua elemen polis,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan


Zulkipli berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 084-344111 atau Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mingat Bakil di talian 019-8867978 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Suspek kes rogol lolos tahanan polis

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker