Penyokong Atalanta maut ditikam dalam pergaduhan

Penyokong Atalanta maut ditikam dalam pergaduhan

Penyokong Atalanta maut ditikam dalam pergaduhan
POLIS setakat ini belum mengesahkan insiden itu secara rasmi. FOTO AFP

Rom: Seorang penyokong kelab Serie A, Atalanta maut selepas ditikam dalam satu insiden pergaduhan dengan penyokong Inter Milan berhampiran Stadium Atalanta di Bergamo, malam Sabtu.

Menurut laporan media tempatan seperti La Repubblica dan La Gazzetta dello Sport, mangsa berusia 26 tahun itu ditikam di bahagian belakang ketika pergaduhan tercetus antara dua kumpulan penyokong berkenaan.

Punca pergaduhan dipercayai bermula daripada pertengkaran kecil yang kemudian bertukar menjadi ganas.

Polis setakat ini belum mengesahkan insiden itu secara rasmi, namun laporan menyatakan seorang suspek yang dipercayai berusia lewat belasan tahun ditahan.

Pihak kecemasan yang tiba di lokasi kejadian menemui sebilah pisau berhampiran mangsa, namun usaha menyelamatkannya gagal dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?


Insiden ini mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan di luar stadium dan budaya ultras dalam bola sepak Itali yang sering dikaitkan dengan keganasan.

Penyokong Atalanta maut ditikam dalam pergaduhan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker