Pempengaruh tak hilang, lari ke negara jiran, adik bersubahat
Pempengaruh tak hilang, lari ke negara jiran, adik bersubahat

MUAR: Misteri kehilangan seorang pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin atau dikenali sebagai Ija sejak Isnin lalu terjawab apabila lelaki itu didapati masih hidup dan melarikan diri ke negara jiran.
Perkara itu terbongkar selepas terdapat keraguan dalam laporan dikemukakan pada hari kejadian dan polis mempercayai kehilangannya direka-reka yang mana lelaki itu turut bersubahat dengan adiknya berusia 30 tahun mereka cerita kehilangannya.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata adik kepada pempengaruh bersubahat dengan menenggelamkan kereta milik isterinya di Sungai Tui, Bukit Kepong sebelum melarikan diri.
Beliau berkata, adik lelaki terbabit sendiri mengesahkan dia melakukan tindakan itu dan mereka berpura-pura menjalankan usaha pencarian bagi mengaburi siasatan polis.
“Dua beradik (termasuk Tengku Nizaruddin) sudah diambil keterangan semalam dan siasatan lanjut diteruskan selepas polis memperoleh kebenaran menyiasat (OTI) daripada Timbalan Pendakwa Raya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
“Kita membuka kertas siasatan berhubung laporan palsu dan pemberian keterangan tidak benar serta bersubahat dalam insiden ini.
“Kita juga mengesyaki ia sengaja direka-reka demi kepentingan peribadi,” katanya dalam kenyataan.
Justeru, Raiz Mukhliz berkata, polis membuka kertas siasatan bagi menyiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu dan Seksyen 109, bersubahat melakukan kesalahan.
Katanya, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap dua beradik itu dan polis menegaskan membuat laporan palsu adalah kesalahan boleh menjejaskan tugas pasukan keselamatan.
“Tindakan ini boleh menjejaskan tugasan serta sumber kepolisan yang seharusnya ditumpukan kepada kes sebenar dan kecemasan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
“Orang ramai diingatkan agar tidak menyalahgunakan sistem laporan polis untuk tujuan peribadi atau jenayah. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang,” katanya.
Sebelum ini, dilaporkan lelaki terbabit dilaporkan hilang selepas kereta jenis Perodua Axia dipandunya terjunam dalam sungai berkenaan.
Bagaimanapun, lelaki itu tidak ditemui dalam kenderaannya itu.
Sebelum kejadian, mangsa bersama adik lelaki bergerak secara berasingan dari Johor Bahru ke Muar bagi urusan perniagaan pada jam 2 petang.
Kali terakhir mangsa berhubung dengan ahli keluarganya pada jam 4 petang hari yang sama sebelum mangsa yang dalam perjalanan ke bengkel kawannya di Parit Jawa gagal dihubungi.

Pempengaruh tak hilang, lari ke negara jiran, adik bersubahat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.