Ruhainies Pilih Untuk Tak Maki ‘Haters’, Lebih Kepada Simpati

‘Kalau Rasa Rimas, Saya Padam & Tak Benci’

Ruhainies Pilih Untuk Tak Maki ‘Haters’, Lebih Kepada Simpati

Ruhainies Pilih Untuk Tak Maki ‘Haters’, Lebih Kepada Simpati

Meskipun nama terpalit dengan kontroversi hangat setahun yang lalu, pelakon Ruhainies masih menerima kecaman sehingga hari ini.

Simpati dengan haters

Ruhainies Pilih Untuk Tak Maki ‘Haters’, Lebih Kepada Simpati

Akui dengan perkara itu, pemilik nama Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 33, memilih untuk tidak membalas serangan haters (pembenci) malah lebih simpati dengan mereka.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), pelakon drama Cinta Lemon Madu itu berkongsi video memaparkan salah seorang pembencinya sedang menari di taman permainan.

Menurut adik kepada pelakon Risteena Munim itu, kebanyakan yang meninggalkan komen bersifat benci di media sosialnya mempunyai kelakuan seperti itu.

Kalau tak fake account, ini. Yang jenis-jenis macam ini. Nak marah tapi kadang comel juga.

Mungkin mereka pun bosan dengan kehidupan.

Jika mereka sibuk dan gembira dengan kehidupan mereka, nak komen dekat Instagram orang lain pun mesti tak sempat.

Jadi, saya bersangka baik je. Kalau rasa rimas, saya akan padam komen.

Malah, Ruhainies turut menyatakan tidak wujud sekelumit rasa benci terhadap mereka.

Nak benci itu tidak sebab apa yang mereka tulis itu melambangkan diri mereka sendiri dan bukan melambangkan saya.

Jadi, sebab itu saya tidak marah, lebih kepada simpati.

Tahun lalu, nama Ruhainies dan pelakon Aliff Aziz menjadi topik hangat di media sosial kerana kontroversi ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah milik aktres itu pada Mac 2024.

Pada Mac 2025, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar mengesahkan Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku bersalah dan dikenakan bayaran denda sebanyak RM3,000 setiap seorang.

Sumber: Instagram

Ruhainies Pilih Untuk Tak Maki ‘Haters’, Lebih Kepada Simpati

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker