Remaja perempuan hilang dijumpai selamat di Kuala Lumpur
Remaja perempuan hilang dijumpai selamat di Kuala Lumpur

JOHOR BAHRU: Remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak Isnin lepas ditemukan selamat semalam.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri M Kumarasan berkata remaja berusia 17 tahun itu ditemukan di Kuala Lumpur.
“Makluman Orang hilang (OH) telah ditemukan pada 17/07/25 dalam keadaan selamat di kawasan Kuala Lumpur. Punca keluar rumah dipercayai akibat perselisihan faham dengan ibunya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pada Rabu lalu, media melaporkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dilaporkan hilang sejak Isnin.
M Kumarasan berkata R Sue Farieda dilaporkan hilang kira-kira 4 petang dan kali terakhir dilihat berada di sebuah restoran di Gelang Patah di sini.
Remaja perempuan hilang dijumpai selamat di Kuala Lumpur
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.