Dulu penuh jemputan ceramah, Kini Ustaz Hanafi cekal bawa Grabfood

Pendakwah bebas, Mohamed Hanafiah Abdul Malek, tidak menjadikan keadaan kesihatannya sebagai penyebab untuk dia berhenti berusaha mencari rezeki.

Ketika banyak aktiviti ceramah terpaksa dihentikan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, dia yang dikenali ramai sebagai Ustaz Hanafi, memilih untuk bekerja sebagai penghantar makanan Grabfood.
Satu entri Hanafi di Facebook pada Isnin mendapat perhatian netizen yang kagum dengan usahanya biarpun masih belum pulih sepenuhnya daripada penyakit kanser.

“Janji halal. Bismillah. Ayah tak kisah susah, janji anak-anak tersenyum indah. Kepada Allah aku bertawakal,” tulisnya pada kapsyen yang diakhiri dengan tanda pagar #cancerfighter.
Memetik laporan Harian Metro pada Isnin, Hanafi memaklumkan dia berharap kisahnya sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada penghidap kanser yang lain agar tidak berputus asa.

“Teruskan hidup dan jangan putus asa. Lakukan apa yang kita suka dan jangan mengeluh dengan nasib yang menimpa,” katanya.



Hanafi, 46, disahkan menghidap limfoma sejak dua tahun lalu dan masih menjalani rawatan, namun keadaan kesihatannya dilaporkan semakin baik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Ustaz Hanafi sebagai seorang bapa dan insan yang sangat tabah. Mereka turut mendoakan agar beliau sentiasa diberi kesihatan yang berpanjangan dan disembuhkan dari segala penyakit

Berikut reaksi dari netizan

“Allahu akhbar..semoga ustaz sentiasa dlm lindungan Allah semasa mencari rezeki..dan disihatkan tubuh badan serta kembali sembuh seperti sediakala dan dimurahkan rezeki selalu..aamiin.

“Tapi ikhlas dari saya, memang tak sampai hati tengok ustaz buat kerja mcm ni, harap2 ada syarikat besar2 dapat bagi kerja mudah yg sesuai dgn usia ustaz sekarang disamping dpt undangan ceramah, maaf lah



“Cekal sungguh Ustaz ni, selepas hampir sembuh melawan kanser dia boleh buat kerja lasak mcm ni. Hati² la menunggang motosikal, saya baru je kemalangan. Motosikal jenis tu jugak la.

“Alhamdulillah moga kesihatan Tuan Hanafi bertambah baik, sy sllu mengikuti talk tuan dlm FB dan nasihat mengenai kesihatan cancer…kagum dgn tuan yg buat Grab Food moga tuan dilapangkan rezeki dan sllu dlm jagaan Allah swt.

MB



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker