Guru didakwa sebar berita palsu Zara Qairina dimasukkan dalam mesin basuh

Arwah Zara Qairina Mahathir.

Arwah Zara Qairina Mahathir.
Guru didakwa sebar berita palsu Zara Qairina dimasukkan dalam mesin basuh

KUALA LUMPUR: Seorang pemilik akaun TikTok akan dituduh di mahkamah kerana menyebarkan maklumat palsu mengenai kematian Zara Qairina Mahathir, esok.

Prosiding dijadualkan berlangsung jam 8.30 pagi di Mahkamah Sesyen dan Majistret Sepang dengan pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Pertuduhan ke atas pemilik akaun TikTok ‘SHA_Abrienda’ itu akan dibuat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Ianya berhubung penyebaran maklumat tidak sahih berkenaan kematian Zara Qairina kononnya akibat dimasukkan ke dalam mesin basuh oleh pemilik akaun TikTok terbabit.

Zara Qairina iaitu pelajar Tingkatan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Limauan, Sabah, ditemui tidak sedarkan diri dekat longkang asrama sekolah pada 3 pagi, 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


Kes kematiannya mencetuskan perhatian umum apabila ia pada peringkat awal diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

Namun, tular di media sosial dakwaan kononnya mangsa maut selepas dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Penyebaran maklumat palsu itu menimbulkan kebimbangan awam, selain memberi tekanan emosi kepada keluarganya serta mengganggu perjalanan siasatan polis.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini membuka sebanyak 15 kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu berkaitan kematian pelajar tingkatan satu itu termasuk dakwaan kononnya mangsa dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar S Muthuvelu, dalam sidang media pada 13 Ogos lalu memaklumkan seorang wanita berusia 39 tahun turut ditahan di Rawang, Selangor kerana dipercayai menyebarkan maklumat tidak benar berhubung kes itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


Katanya, wanita berkenaan bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil.

Arwah Zara Qairina Mahathir.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker