Ahli Parlimen PAS minta maaf, niat hendak pertahan ‘kitab Injil asal’

Ahli Parlimen PAS, Nik Muhammad Zawawi Salleh, hari ini memohon maaf atas kenyataan tentang kitab Injil yang diikuti penganut Kristian, malah menjelaskan niat di sebalik kenyataan itu.

Wakil rakyat Pasir Puteh itu memohon maaf sekiranya kenyataannya mengatakan kitab Injil sudah “dipesongkan ataupun diubah” menggores perasaan, mengatakan beliau tidak berniat memburukkan mana-mana agama.

“Niat saya adalah hendak pertahankan kitab Injil asal yang diturunkan kepada Nabi Isa, tanpa ada sebarang perubahan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Zawawi sebelum ini membuat kenyataan itu ketika Zawawi ketika perbahasan rang undang-undang untuk mengusulkan denda lebih berat kepada pesalah yang memandu bawah pengaruh alkohol.



Kenyataan itu mengundang bantahan daripada pelbagai pihak, termasuk Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST), dan ahli politik dari Sabah dan Sarawak.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, hari ini memmbuat ketetapan hujah “spontan” Zawawi itu, memakai perkataan “dipesongkan” dan “diubah”, memberi kesan kepada penganut Kristian.

“Bagi memelihara keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia, saya memohon dan meminta Pasir Puteh meminta maaf dan menarik balik kedua-dua perkataan tersebut,” katanya. FMT

Polis siasat Zawawi berkenaan isu Injil, kata KPN



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker