Ahli UMNO perlu hati-hati propaganda menjelang PRU-15 – Mohd Sharkar
Ahli UMNO perlu hati-hati propaganda menjelang PRU-15 – Mohd Sharkar
Ahli dan seluruh jentera UMNO dinasihatkan supaya tidak melayani sebarang propaganda daripada pihak lawan yang cuba mengganggu gugat kestabilan parti.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, parti lawan sama ada Pakatan Harapan (PH) mahu pun Perikatan Nasional (PN) berusaha mengeruhkan suasana dalam parti itu dengan harapan mereka akan mendapat sokongan rakyat pada PRU-15 ini.
“Saya harap seluruh ahli UMNO memberi tumpuan dan fokus utama untuk berdepan dengan PRU. Jangan pedulikan sebarang propaganda dari parti lawan.
“Tugas kita adalah berusaha membantu parti memperoleh kemenangan dan berkhidmat kepada rakyat,” katanya hari ini.
Justeru, mohd Sharkar berharap jentera parti pelbagai peringkat tidak melayani usaha dan pelbagai lontaran pihak tertentu, sebaliknya terus bergerak ke depan.
Beliau percaya akan ada usaha daripada musuh politik parti untuk melihat segala perancangan dan persiapan yang telah dibuat selama ini terbantut.
“Ini akan memudahkan mereka untuk melemahkan parti UMNO apabila menjelangnya PRU nanti. Biar pun tarikh PRU masih menjadi tanda tanya dan teka-teki tetapi kita di peringkat parti umumnya sudah tahu bagaimana untuk melakukan persediaan dengan sebaiknya.
“Musuh politik sudah pasti tidak mahu melihat kesiapsiagaan ini berterusan. Jadi, pelbagai provokasi, andaian serta persepsi yang dilontarkan hanya sekadar untuk kita bertelagah sesama sendiri. Itu hasrat mereka sebenarnya,” kata beliau.
Kata Mohd Sharkar, inilah masanya untuk seluruh ahli dan jentera UMNO sama-sama berganding menolak segala persepsi yang cuba ditimbulkan pihak lawan. MG
Ahli UMNO perlu hati-hati propaganda menjelang PRU-15 – Mohd Sharkar
Baca Artikel Menarik:
- Tiada perjanjian lantik TPM – Shahril
- Kenapa RoS lembap sangat?
- Tak nak yang kaya tapi harap duit ibu bapa – Shila Amzah
- Kerajaan ‘multiverse’ hancurkan kepercayaan saya – Diana Danielle
- Pulut Panggang berintikan ‘Ubat Stepler’
- Rakyat Malaysia gagal tangguh hukuman mati di Singapura
- Lembu korban terlajak ‘SADO’ tular
- Pesawat Qatar Airways hampir langgar belon
- ‘Malaikat’ boleh pegang IC tolong mengundi
- Pengeluaran wang RM1 juta atas arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur
- YouTuber tarik tudung kena dakwa
- Ahli Parlimen PKR kata YDPA dan Sultan tidak boleh terlibat dengan perniagaan
- Puad pertahan Tok Mat, Asia Times petik kenyataan diluar konteks
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar
You must be logged in to post a comment.