Lelaki maut jatuh perigi di Kampar
Lelaki maut jatuh perigi di Kampar

IPOH: Seorang lelaki maut selepas dipercayai tergelincir ke dalam perigi ketika mengambil air di Kampung Nyior, Kampar di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa lelaki berumur 57 tahun itu pada 7.52 pagi.
“Lelaki itu didapati terjatuh ke perigi sedalam tiga meter dan bomba menggunakan tali bagi mengambil mangsa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Sabarodzi berkata lelaki itu disahkan telah meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan. – BERNAMA
Lelaki maut jatuh perigi di Kampar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.