Pegawai JPJ maut motosikal rempuh lori terbalik
Pegawai JPJ maut motosikal rempuh lori terbalik

TEMERLOH: Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Temerloh maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 37 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, petang tadi.
Mangsa, Siti Mariani, 36, yang bertugas di Unit Pendakwaan JPJ Temerloh, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya melanggar lori yang terbalik di tengah jalan.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.16 petang apabila lori dipandu lelaki berusia 33 tahun terbalik selepas dipercayai cuba mengelak daripada melanggar besi penghadang jalan.
“Mangsa dikatakan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tengah lori terbabit dan meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu lori cedera pada kedua-dua kaki,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pegawai JPJ maut motosikal rempuh lori terbalik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
You must be logged in to post a comment.