Suspek wanita simbah asid pengusaha spa ditahan
Suspek wanita simbah asid pengusaha spa ditahan

KOTA BHARU: Seorang wanita yang dipercayai terbabit dalam kejadian kes simbah asid terhadap pengusaha spa di Beris Kubur Besar, Bachok, Sabtu lalu, ditahan polis.
Difahamkan wanita berkenaan ditahan jam 10 malam tadi di Kuala Krai.
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Bachok pagi ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan namun enggan mengulas lanjut.
Katanya, kenyataan terperinci berhubung kes berkenaan akan diberikan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Dalam kejadian Sabtu lalu, pengusaha spa, Nor Faziera Muda, 27 terpaksa menjalani pembedahan selama enam jam selepas disimbah asid oleh tiga orang berpakaian purdah.
Mangsa yang membuka pintu premis dilaporkan disimbah asid yang diletakkan dalam termos sebelum suspek melarikan diri. Kejadian turut disaksikan anak perempuan mangsa berusia tujuh tahun.
Selasa lalu, Mohamad Ismail berkata, polis sudah mengenal pasti tiga suspek, termasuk dua wanita dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya sudah menemui petunjuk baharu berhubung kes berkenaan dan percaya semua suspek masih berada di Kelantan.
Suspek wanita simbah asid pengusaha spa ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.