Dalot seru penyokong setia Manchester United penuhkan SNBJ

Dalot seru penyokong setia Manchester United penuhkan SNBJ

Dalot seru penyokong setia Manchester United penuhkan SNBJ
TONGGAK utama United, Diogo Dalot.

Kuala Lumpur: Tonggak pertahanan Manchester United, Diogo Dalot mengajak seluruh peminat setia The Red Devils agar membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 28 Mei ini.

Ia sempena aksi bertaraf antarabangsa babitkan skuad utama United yang akan turun menentang Asean All-Stars di SNBJ.

“Siap sedia Malaysia, jumpa anda semua di Bukit Jalil,” katanya dalam satu video yang dimuatnaik oleh penganjur, hari ini.

Untuk rekod, pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu Kembali selepas 16 tahun meninggalkan Bukit Jalil.

Manchester United akan menentang Asean All-Stars dengan menampilkan barisan bintang bertaraf dunia seperti Bruno Fernandes, Alejandro Garnacho, Casemiro, Matthijs de Ligt, Amad Diallo, Rasmus Højlund dan ramai lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Awal pagi ini, United berpeluang menutup kempen musim ini dengan menjuarai Liga Europa apabila turun beraksi di pentas final menentang Tottenham Hotspur di Bilbao.

Begitupun, United kini terperosok di tangga ke-16 Liga Perdana Inggeris (EPL) pencapaian paling buruk dalam era moden menjadikan perlawanan akhir di Bilbao itu sebagai satu-satunya peluang mereka untuk merebut slot ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

Dalot seru penyokong setia Manchester United penuhkan SNBJ

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker