Trisha Ooi – Jangan beri ‘limelight’ pada orang yang hina bidang seni

Trisha Ooi – Jangan beri ‘limelight’ pada orang yang hina bidang seni

Trisha Ooi - Jangan beri ‘limelight’ pada orang yang hina bidang seni
Trisha Ooi – Jangan beri ‘limelight’ pada orang yang hina bidang seni

PETALING JAYA – Pelakon Trisha Ooi mengakui terkilan dengan kenyataan seorang individu yang melabel jurusan komunikasi dan seni sebagai tidak berguna dan bodoh baru-baru ini.

Trisha atau Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 26, berkata, kenyataan tersebut dianggap sebagai tidak menghormati kerjaya dan jasa penggiat seni tanah air khususnya yang berusaha membawa industri ke peringkat lebih tinggi.

“Saya anggap dia tidak menghormati penggiat seni. Ini merupakan kerjaya dan periuk nasi kami.

“Bagi saya, asalkan pekerjaan itu halal, beri manfaat kepada orang ramai, itu sudah memadai dan tak perlu merendah-rendahkan bidang lain.

“Memang sedih bila dengar kenyataan apabila orang kita begitu. Bagi saya, tak perlu layan dan beri perhatian kepada individu sebegitu, lebih baik fokus kepada orang menghargai kita,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Tambah bintang filem Janna Endoro itu, setiap individu sepatutnya menyokong hasil kerja dan pencapaian khususnya yang dilakukan anak tempatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Bukan sahaja bidang seni, dia berkata semua kerjaya dan jurusan di universiti perlu dihormati, bukannya dipandang hina.

“Setiap individu mempunyai peranan masing-masing dan bukan budaya kita untuk menjatuhkqn kerjaya orang lain.

“Kalau kita sendiri tak angkat industri sendiri dan walau apa jua kerjaya pun, siapa lagi nak lakukan?

“Bukan nak tutup sebelah mata tindakan yang teruk sebegitu tetapi golongan begini tak perlu pun kita layan. Lebih baik fokus kepada perkara yang positif,” katanya lagi.

Terdahulu, seorang pempengaruh mencuri perhatian apabila melabel beberapa jurusan di universiti seperti Komunikasi Massa, Seni Teater dan Seni Tari Tradisional antara bidang paling tidak berguna dalam Malaysia.

Kenyataan tersebut mendapat perhatian ramai termasuk penggiat seni yang tidak berpuas hati dan menyifatkan individu berkenaan sebagai biadab. – KOSMO! ONLINE

Trisha Ooi – Jangan beri ‘limelight’ pada orang yang hina bidang seni

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker