Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Remaja parah ditikam akibat hutang

Remaja parah ditikam akibat hutang

Remaja parah ditikam akibat hutang
Foto hiasan

MELAKA: Seorang remaja lelaki parah selepas ditikam dengan sebilah pisau oleh kenalannya dalam insiden pergaduhan di Kampung Paya Sum di sini, dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa yang berusia 17 tahun disyaki ditikam lelaki berusia 23 tahun disebabkan isu hutang.

“Pada mulanya, polis menerima laporan daripada suspek mengatakan dia serta kenalannya berusia 17 tahun itu ditikam dua lelaki tidak dikenali menaiki motosikal dan kes dipercayai akibat samun.

“Namun hasil siasatan lanjut, kita percaya lelaki berusia 23 tahun itu yang menikam mangsa kerana remaja berkenaan didakwa mempunyai hutang dengannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Christopher berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Melaka manakala suspek yang berasal dari Johor dan mempunyai sembilan rekod jenayah lampau berkaitan judi ditahan di Taman Pahlawan Sungai Udang di sini kira-kira jam 6.15 petang Jumaat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Beliau berkata lelaki itu turut menerima rawatan di Hospital Melaka dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata.

Remaja parah ditikam akibat hutang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker