Pengasuh tekap sudu panas pada budak dipenjara 10 bulan, denda RM20,000
Pengasuh tekap sudu panas pada budak dipenjara 10 bulan, denda RM20,000

SEREMBAN: Seorang pengasuh dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas empat pertuduhan melakukan penganiayaan fizikal terhadap kanak-kanak berusia lima dan enam tahun di sebuah pusat jagaan, Ogos tahun lalu.
Tertuduh, Puteri Nurin Amalin Ahmad Daud, 21, mengekalkan pengakuan bersalah bagi semua empat pertuduhan dibacakan semula dalam prosiding di dua mahkamah berasingan.
Hakim Darmafikri Abu Adam dan Datin Surita Budin memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula tarikh tangkap pada 5 September 2024 dan sekiranya gagal membayar denda, tertuduh boleh dipenjara lima bulan bagi setiap pertuduhan.
Tertuduh yang juga pesalah muda turut dikenakan perintah tambahan bon berkelakuan baik selama dua tahun tanpa cagaran dengan penjamin dalam kalangan ahli keluarga.
Selain itu, mahkamah menetapkan tertuduh dikenakan khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh enam bulan bagi setiap pertuduhan yang berjalan secara berturutan selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Terdahulu, Peguam Najib Zakaria mewakili tertuduh memohon hukuman ringan memandangkan anak guamnya tiada niat mencederakan mangsa, sebaliknya bagi tujuan mendidik mereka yang mengambil makanan ringan kerana ia tidak dibenarkan di pusat jagaan itu.
“Tertuduh telah menyesal dengan perbuatannya dan berharap mahkamah mengambil kira bahawa tertuduh ingin melanjutkan pendidikan secara vokasional dalam bidang bakeri atau jahitan selepas menjalani hukuman,” katanya.
Pendakwaan diketuai Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Ku Hayati Ku Haron memohon hukuman penjara dan denda sepadan dikenakan terhadap tertuduh mengambil kira kepentingan awam.
Mengikut empat pertuduhan, tertuduh sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap empat kanak-kanak perempuan berusia lima dan enam tahun telah menganiayai mereka dengan cara menekap sudu besi panas di lengan mereka sehingga menyebabkan kecederaan fizikal seperti melecur.
Kesalahan dilakukan sekitar Ogos tahun lalu di sebuah pusat jagaan di Taman Merbok Ria di Rasah, Seremban di sini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama.
Pendakwaan turut diwakli Intan Noorashikin Nasarudin dan Norazihah Asmuni.
Pengasuh tekap sudu panas pada budak dipenjara 10 bulan, denda RM20,000
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET