Penunggang motosikal maut langgar belakang lori

Penunggang motosikal maut langgar belakang lori

Penunggang motosikal maut langgar belakang lori
Keadaan di lokasi kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal di kilometer 52.1 Jalan Dengkil menghala ke Kota Warisan.

PUTRAJAYA: Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori di kilometer 52.1 dari arah Dengkil menghala Kota Warisan, Sepang hari ini.

Ketua Polis IPD Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7 pagi membabitkan seorang lelaki Melayu berusia 46 tahun.

Katanya, polis menerima maklumat pada jam 7.35 pagi dan akibat pelanggaran itu mangsa mengalami kecederaan parah dibahagian kepala dan disahkan meninggal ditempat kejadian.

“Siasatan diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya melalui satu kenyataan.

Norhizam berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi IPD Sepang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


Beliau berkata, polis menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya agar menjaga keselamatan diri, keluarga dan pengguna lain.

Katanya, maklumat boleh disalurkan kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan atau menghubungi Inspektor Nurulsakela Ramlee di talian019-5588221.

Penunggang motosikal maut langgar belakang lori

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker