Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Messi terlepas aksi bersama Argentina

Messi terlepas aksi bersama Argentina

Messi terlepas aksi bersama Argentina
Bintang Inter Miami, Lionel Messi

Miami: Bintang Inter Miami, Lionel Messi, terpaksa menarik diri daripada menyertai skuad Argentina bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia selepas menjalani imbasan MRI yang mengesahkan dia mengalami kecederaan adduktor.

Messi, yang menjaringkan gol dan beraksi selama 90 minit dalam kemenangan 2-1 ke atas Atlanta United pada Ahad lalu, melaporkan rasa ketidakselesaan selepas perlawanan. Pemeriksaan lanjut mendapati dia mengalami kecederaan ringan, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kelabnya.

Situasi itu menyebabkan Messi tidak akan bersama skuad Argentina untuk perlawanan kelayakan menentang Uruguay pada Jumaat ini dan Brazil pada Selasa depan.

“Ia amat mengecewakan untuk terlepas perlawanan istimewa ini bersama pasukan kebangsaan Argentina menentang Brazil dan Uruguay.

“Seperti biasa, saya ingin berada di sana, tetapi pada saat akhir kecederaan ini menghalang saya. Namun, saya akan menyokong dan memberi sorakan dari sini seperti seorang penyokong. Ayo Argentina!,” kata Messi dalam kenyataan yang dikongsi di media sosial.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


Inter Miami berusaha untuk mengehadkan jadual permainan Messi susulan permulaan musim 2025 yang padat. Kelab itu beraksi lapan perlawanan sejak 19 Februari, termasuk empat perlawanan dalam CONCACAF Champions Cup.

Messi bermula empat daripada lapan perlawanan itu, terlepas dua aksi dan masuk sebagai pemain gantian dalam dua lagi pertemuaan.

Pada usia 37 tahun, Messi menjaringkan empat gol dalam semua pertandingan musim ini.

Menurut laporan, Inter Miami dan Argentina bekerjasama untuk menentukan tempoh permainan yang akan dimainkan oleh Messi dalam perlawanan kelab.

Messi terlepas aksi bersama Argentina


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker