2 beradik lemas dibawa arus ketika mandi
2 beradik lemas dibawa arus ketika mandi

MUKAH: Dua beradik berusia tujuh dan 10 tahun dikhuatiri lemas selepas masing-masing hilang dibawa arus deras semasa mandi di Sungai Batang Mukah, di sini petang tadi.
Kejadian berlaku di tepi sungai berhampiran Jalan Kampung Bedanga dengan dua mangsa dikenali sebagai Dexper Kiu Kuang Wei, 10 dan adik perempuannya, Susie Kiu berusia tujuh tahun.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan jam 3.50 petang.
Beliau berkata ibu mangsa memaklumkan dia melihat dua anaknya itu sedang mandi di tepi sungai terbabit dan tiba-tiba tenggelam dibawa arus kerana masing-masing tidak pandai berenang.
“Ibu mangsa cuba menyelamatkan mereka, namun gagal berikutan kejadian berlaku terlalu pantas ditambah faktor air sungai deras.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Pasukan bomba memulakan pencarian secara permukaan ke hilir dan hulu sungai dan sehingga jam 5 petang tadi kedua-dua mangsa berlum ditemukan,” katanya.
2 beradik lemas dibawa arus ketika mandi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET