Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Jenazah 2 beranak mangsa kemalangan di Tapah selamat dikebumikan

Jenazah 2 beranak mangsa kemalangan di Tapah selamat dikebumikan

Jenazah 2 beranak mangsa kemalangan di Tapah selamat dikebumikan
Jenazah dua beranak mangsa kemalangan maut di Tapah, Perak dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pokok Tai Lama, malam ini. – NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI

PENDANG: Jenazah dua beranak mangsa kemalangan maut di Kilometer 332.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Tapah, Perak hari ini selamat dikebumikan, malam ini.

Jenazah Abdul Aziz Shafie, 45, dan anaknya, Muhammad Alif Hakymie Abdul Aziz, 23, dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pokok Tai, jam 9.30 malam ini.

Terdahulu, jenazah dua beranak itu tiba di Surau Arraudhah, Kampung Pokok Tai Lama pada jam 8.30 malam untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan.

Lebih 100 orang hadir terdiri ahli keluarga, sanak saudara dan rakan arwah ke pengebumian itu.

Terdahulu media melaporkan pemandu dan kelindan treler muatan pasir ditemukan rentung selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 332.4, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Tapah, Perak, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


Dalam kemalangan itu, dua beranak itu dipercayai dalam perjalanan pulang.

Jenazah 2 beranak mangsa kemalangan di Tapah selamat dikebumikan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker