Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Dua pegawai Jabatan Belia dan Sukan didakwa guna dokumen palsu

Dua pegawai Jabatan Belia dan Sukan didakwa guna dokumen palsu

Dua pegawai Jabatan Belia dan Sukan didakwa guna dokumen palsu
Pegawai Belia dan Sukan, Rosdi Pilus, 50 (bertopi) dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Mohd Saiful Abdul Talib, 36, didakwa atas dua pertuduhan menggunakan invois dan dokumen palsu berkaitan perkhidmatan fotografi serta promosi media sosial bagi perlumbaan motorcross Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Zon Selatan 2022, dua tahun lalu. – Foto NSTP/Ahmad Hasbi

SEREMBAN: Dua pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan didakwa atas dua pertuduhan menggunakan invois dan dokumen palsu berkaitan perkhidmatan fotografi serta promosi media sosial bagi perlumbaan motorcross Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Zon Selatan 2022, dua tahun lalu.

Tertuduh, Pegawai Belia dan Sukan, Rosdi Pilus, 50, dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Mohd Saiful Abdul Talib, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan bersama di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, mereka telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu invois perkhidmatan fotografi, dokumentasi dan promosi media sosial bagi perlumbaan motorcross KBS Zon Selatan 2022 bertarikh 9 dan 13 Februari 2023 atas nama Ad Suria Enterprise keseluruhan berjumlah RM4,000.

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan di Seremban pada Februari hingga Mei 2023.

Sehubungan itu, kedua-dua tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum dua tahun, dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Fatin Nur Athirah Zainuddin menawarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin warganegara bagi setiap tertuduh.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan kerana masing-masing menanggung isteri dan dua anak.

Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin warganegara.

Sementara itu, di kamar sama, Mohd Saiful tidak mengaku bersalah atas empat lagi pertuduhan menggunakan dokumen palsu iaitu resit perkhidmatan pas petugas dan resit bayaran air mineral keseluruhan berjumlah RM1,133.60 bertarikh 10 hingga 12 Februari atas nama Puncak Pateh Enterprise dan Riang Tinggi Enterprise.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP


Kesemua kesalahan itu dilakukan pada masa dan lokasi yang sama.

Pendakwaan turut dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksanaan.

Mahkamah membenarkan Mohd Saiful dijamin RM5,000 bagi empat pertuduhan itu.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 16 April depan bagi serahan dokumen dan lantikan peguam

Dua pegawai Jabatan Belia dan Sukan didakwa guna dokumen palsu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker