Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

PU Syed Beri Teguran Pada Aisar Khaled

Titip Harapan Agar Kembali Menjadi Hamba Yang Taat – ‘Jangan Gunakan Kekayaan Untuk Maksiat’

PU Syed Beri Teguran Pada Aisar Khaled

PU Syed Beri Teguran Pada Aisar Khaled

Pendakwah bebas, PU Syed tampil memberi teguran kepada pempengaruh terkenal, Aisar Khaled apabila tular video-video yang jelas menunjukkan pergaulan bebas.

Bezakan haram dan halal

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Seyd Ishak, 43, berharap agar Aisar menggunakan kekayaan pada jalan yang sepatutnya.

Video ini saya tujukan pada saudara Aisar Khaled yang terkenal.

Saya dapat video yang menunjukkan pergaulan bebas.

Bergembira tidak salah, cumanya bila kita salah guna dengan kekayaan itu dengan melakukan maksiat.

Saya tahu Aisar banyak menaja orang pergi umrah, bantu orang susah dan sebagainya tapi itu bukan modal sebagai jaminan untuk melakukan perbuatan yang dilarang Allah.

Pada perkongsian itu, PU Syed meluahkan kerisauannya terhadap kekayaan pempengaruh berusia 25 tahun itu bertukar menjadi Istidraj.

Semoga kembali taat

PU Syed Beri Teguran Pada Aisar Khaled

Dalam pada itu, PU Syed berharap teguran yang dikongsikan itu sampai kepada Aisar agar dapat menyedarkannya tentang kesalahan yang dibuat.

Saya harap Aisar jadi hamba Allah yang taat dan mensyukuri nikmat yang diberikan dengan melakukan ketaatan kepada Allah.

Jika nak berkahwin, kahwin dengan cara yang baik.

Cari wanita solehah dan baik untuk kita nikahi supaya tidak tergaul dengan golongan yang mungkin ingin ambil kesempatan atas kekayaan kita.

Saya harap video ini dapat sampai ke Aisar dan dapat kita muhasabah diri dalam bulan Ramadan.

Pada akhir perkongsian, pendakwah bebas itu turut menasihati netizen agar berhenti menyebarkan kecaman dan mendoakan Aisar agar kembali menjadi hamba Allah yang taat.

Sumber: Instagram @pusyed_official

PU Syed Beri Teguran Pada Aisar Khaled

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker