Pengarah, kerani syarikat ditahan disyaki ‘suap’ pegawai kerajaan
Pengarah, kerani syarikat ditahan disyaki ‘suap’ pegawai kerajaan

KUALA LUMPUR: Dua pengarah syarikat dan seorang kerani ditahan kerana disyaki terbabit sindiket memberi rasuah kepada pegawai kerajaan bagi mempercepatkan proses permohonan taraf kewarganegaraan.
Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya kira-kira 1 tengah hari hingga 1.30 tengah hari, hari ini.
“Tangkapan terhadap tiga suspek menerusi Op Fastlane ini adalah susulan Op Outlander yang dijalankan pada 11 Mac lalu membabitkan sindiket yang merasuah pegawai jabatan kerajaan bagi mempercepat proses permohonan taraf kewarganegaraan.
“Mereka dipercayai membayar rasuah antara RM5,000 hingga mencecah RM150,000 bagi satu permohonan,” katanya hari ini.
Sumber sama berkata, kerani berusia 20-an direman selama empat hari manakala dua pengarah syarikat berusia lingkungan 30-an direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Idris Zaharuddin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek, dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Pengarah, kerani syarikat ditahan disyaki ‘suap’ pegawai kerajaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET