Dapur medan selera Pasaraya Mydin Seremban 2 terbakar
Dapur medan selera Pasaraya Mydin Seremban 2 terbakar

SEREMBAN: Suasana di Pasaraya Mydin Seremban 2, di sini, cemas seketika apabila dapur salah sebuah restoran dekat medan selera terbakar kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan berkata, tiada mangsa dilaporkan cedera atau kehilangan nyawa dalam kejadian itu.
“Pihak kami terima panggilan jam 2.30 petang. Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban ke lokasi dan berjaya mengawal api dalam masa enam minit.
“Kebakaran pada dapur gerai nasi kandar berkeluasan 41 meter persegi di medan selera milik syarikat Mydin musnah lebih kurang 70 peratus berjaya dipadamkan. Kebakaran tidak membabitkan mangsa,” katanya.
Dapur medan selera Pasaraya Mydin Seremban 2 terbakar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET