Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Lakukan upacara berkabung tapi pemain masih hidup

Lakukan upacara berkabung tapi pemain masih hidup

Lakukan upacara berkabung tapi pemain masih hidup
PEMAIN Arda Kardzhali memberi penghormatan seminit tapi bekas pemain sebenarnya masih hidup. FOTO Agensi

Kardzhali: Kelab divisyen utama Bulgaria, Arda Kardzhali terpaksa memohon maaf selepas bekas pemain mereka, Petko Ganchev yang disangka sudah meninggal dunia dan diberikan penghormatan seminit bertafakur sebelum perlawanan menentang Levski Sofia, rupa-rupanya masih hidup.

Sebelum aksi liga itu bermula, kedua-dua pasukan berbaris di tengah padang sambil menundukkan kepala sebagai tanda penghormatan buat Ganchev.

Namun, sebelum perlawanan tamat, Arda memuat naik kenyataan di Facebook rasmi mereka, mengakui menerima maklumat yang salah mengenai kematian bekas pemain itu.

“Pihak pengurusan PFC Arda ingin memohon maaf secara terbuka kepada bekas pemain kami, Petko Ganchev, serta keluarganya selepas menerima maklumat tidak tepat mengenai pemergiannya,” tulis kelab itu.

“Kami mendoakan agar Petko Ganchev dikurniakan kesihatan yang baik dan terus menikmati kejayaan Arda.”

Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.

 

Lakukan upacara berkabung tapi pemain masih hidup

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker