Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Ustazah Asma’ Harun Beri Teguran Keras

Pakaian Kak KM Sekeluarga Ditegur Individu Bukan Islam, ‘Saya Malu Sebab Sudah Melampau’

Ustazah Asma’ Harun Beri Teguran Keras

Ustazah Asma’ Harun Beri Teguran Keras

Pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun meluahkan rasa kecewa dengan penampilan usahawan sensasi, Kak KM sekeluarga yang didakwa tidak menghormati bulan Ramadan.

Kelakuan melampau

Ustazah Asma’ Harun Beri Teguran Keras

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook, Ustazah Asma’ memberi teguran kepada Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli yang dianggap sudah melampau.

Menurutnya, dia terkesan apabila terdapat komen daripada individu yang beragama bukan Islam menegur cara pemakaian usahawan berusia 44 tahun itu.

Saya rasa malu bila baca komen teguran saudara bukan Islam kepada keluarga ini, kerana terlalu melampau dan hilang rasa malu yang asas sebagai manusia.

Saya harap dan membayangkan mereka akan berpakaian lebih sopan di bulan Ramadan yang mulia, jika di bulan lain tidak boleh hormat hukum Allah, maka mungkin bulan ini meraka ada ‘rasa’ itu.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

 

Rupanya tidak. Tanpa segan silu, sama seperti si ibu, anak pula dipuji berpakaian nampak pusat dan sendat.

Ditunjukkan secara terbuka, seolah bangga, walaupun semua komen adalah negatif, mereka tambah aktif.

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ akui sentiasa mendoakan Kak KM sekeluarga yang sering kali menerima kecaman netizen agar terbuka hati untuk menyedari kesalahan yang dilakukan.

Imej Islam dipandang serong

Tidak berhenti disitu, Ustazah Asma’ menegaskan bahawa teguran ini bukan hinaan mahupun tujuan memalukan, namun, hanya sekadar inisiatif untuk menegakkan imej Islam agar tidak dipandang serong.

Ini bukan menghina atau memalukan, perlakuan mereka telah menghina diri sendiri, agama dan bulan Ramadan.

Ini juga bukan judge orang yang belum jelas, ini perbuatan yang terang nyata dan mempengaruhi serta beri kesan kotor kepada yang melihatnya.

Pada akhir perkongsian, pendakwah bebas itu sempat menitipkan pesanan agar sama-sama mendoakan antara satu sama lain kerana kita semua adalah pemburu syurga Allah.

Sumber: Facebook @Ustazah Asma’ Harun

Ustazah Asma’ Harun Beri Teguran Keras

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker