Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Firma China, Baidu lancar dua model AI baharu saingi DeepSeek

Firma China, Baidu lancar dua model AI baharu saingi DeepSeek

Firma China, Baidu lancar dua model AI baharu saingi DeepSeek
Orang ramai berjalan melintasi logo Baidu di luar ibu pejabat syarikat itu di Beijing, China. – Foto AFP

BEIJING: Syarikat teknologi China, Baidu, mengumumkan pelancaran dua model kecerdasan buatan (AI) baharu pada Ahad yang dikatakan menawarkan prestasi setanding chatbot China, DeepSeek, tetapi pada separuh kos, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Menurut Baidu, model Ernie X1 direka untuk pemikiran logik, manakala Ernie 4.5 berfungsi sebagai model asas. Kedua-duanya boleh diakses secara percuma oleh pengguna individu menerusi platform ERNIE Bot.

Baidu merancang untuk mengintegrasikan model baharu ini secara berperingkat ke dalam ekosistem produknya, termasuk enjin carian Baidu, aplikasi Wenxiaoyan dan beberapa perkhidmatan lain.

Awal tahun ini, syarikat pemula DeepSeek menarik perhatian ramai apabila mendakwa chatbotnya mampu menyaingi ChatGPT keluaran OpenAI dari Amerika Syarikat (AS) dengan kos yang jauh lebih rendah.

Perkembangan itu menyebabkan ketidaktentuan dalam pasaran saham AS apabila pelabur mula mempertikaikan kecekapan syarikat teknologi negara itu.

Berpangkalan di Beijing, Baidu mula dikenali di China sebagai penyedia enjin carian.

Syarikat itu juga merupakan peneraju dalam teknologi pemanduan autonomi dan mengendalikan perkhidmatan teksi robot Apollo dan pada 2023, Baidu melancarkan versi pertama chatbot AI mereka, Ernie.

Firma China, Baidu lancar dua model AI baharu saingi DeepSeek

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker