Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Puting beliung landa tengah AS, 33 terbunuh

Puting beliung landa tengah AS, 33 terbunuh

Puting beliung landa tengah AS, 33 terbunuh
Sisa runtuhan berselerakan di sekitar rumah-rumah yang rosak pada pagi selepas puting beliung melanda di Florissant, Missouri, Amerika Syarikat. – Foto REUTERS

HOUSTON: Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera semalam, apabila puting beliung dan ribut ganas melanda seluruh tengah Amerika Syarikat (AS).

Laporan berita tempatan menunjukkan bumbung rumah tercabut dan trak besar terbalik, ketika ramalan kaji cuaca memberi amaran lebih banyak puting beliung akan datang hujung minggu ini.

Di Kansas, dilaporkan lapan maut dalam kemalangan yang membabitkan lebih 50 kenderaan, disebabkan jarak penglihatan yang rendah semasa ‘ribut debu yang teruk’, menurut polis tempatan.

Peronda Lebuhraya Negeri Missouri pula mengesahkan 12 kematian berkaitan ribut dan berkongsi imej bot bertimbun di atas satu sama lain di marina yang musnah akibat cuaca.

Polis negeri melaporkan pokok tumbang dan talian elektrik terputus serta kerosakan pada bangunan, dengan beberapa kawasan terjejas teruk oleh puting beliung, ribut petir dan hujan batu besar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

Puting beliung landa tengah AS, 33 terbunuh
Penduduk memeriksa kerosakan selepas puting beliung melanda di Florissant, Missouri, Amerika Syarikat. – Foto REUTERS

Sekurang-kurangnya enam kematian dilaporkan di Wayne County di Missouri, tiga di Ozark County, di mana beberapa kecederaan turut dilaporkan dan masing-masing satu di Butler, Jefferson dan St Louis, menurut polis.

Lebih jauh ke selatan di Texas, pihak berkuasa tempatan melaporkan, empat orang maut dalam kemalangan kenderaan yang dikaitkan dengan ribut debu dan kebakaran yang mengurangkan jarak penglihatan di jalan raya.

Di negeri jiran Arkansas, pegawai berkata, tiga orang maut dan 29 cedera dalam ribut itu.

Gabenor, Sarah Huckabee Sanders, mengisytiharkan darurat sebagai tindak balas segera dan telah bercakap dengan Presiden AS, Donald Trump.

“Trump menyatakan kepada rakyat Arkansas bahawa dia menyayangi mereka dan pentadbirannya akan membantu apa saja yang diperlukan selepas puting beliung malam tadi,” katanya.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah


Sekurang-kurangnya 200,000 rumah dan perniagaan di seluruh pusat AS terputus bekalan elektrik menjelang petang semalam, menurut laman sesawang penjejakan poweroutage.us.

Puting beliung landa tengah AS, 33 terbunuh
Pekerja membersihkan pokok-pokok yang tumbang selepas puting beliung melanda sepanjang Glencannon Drive di Pico Rivera, California, Amerika Syarikat. – Foto REUTERS

Malah, lebih banyak puting beliung diramalkan di negeri-negeri Pantai Teluk tengah termasuk Mississippi dan Tennessee.

“Banyak puting beliung yang ketara, mempunyai trek panjang dan berpotensi ganas, dijangka berterusan hingga petang ini,” menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan.

Negeri-negeri di tengah AS dan selatan Texas, Oklahoma dan Kansas berdepan badai paling ganas kerana keadaan geografi dan meteorologi yang unik.

Digelar ‘Tornado Alley’, di sinilah angin dengan suhu yang berbeza-beza bertemu dalam awan ribut kuat yang tidak menentu, kebanyakannya berlaku dari Mei hingga Jun.

Pada 2024, 54 orang maut dalam pelbagai kes berkaitan puting beliung di AS, menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan. – AFP

 

Puting beliung landa tengah AS, 33 terbunuh

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker