35 PATI termasuk dua remaja lelaki ditahan di Kota Bharu
35 PATI termasuk dua remaja lelaki ditahan di Kota Bharu

KOTA BHARU: Beberapa pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sedang menunggu bas di Terminal Bas Lembah Sireh di sini, ditahan Jabatan Imigresen (IMIGRESEN) Kelantan, semalam.
Dalam Ops Sapu jam 2 pagi itu, seramai 35 PATI termasuk dua remaja lelaki ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.
Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan, Mohamed Yusoff Khan berkata, operasi babitkan Bahagian Penguatkuasaan JIM Kelantan itu menahan 15 lelaki, sembilan perempuan dan dua remaja lelaki warga Indonesia serta empat lelaki warga Bangladesh, tiga lelaki warga Myanmar dan dua lelaki warga India berusia di antara 13 hingga 58 tahun.

Katanya, operasi dijalankan hasil risikan dan pemeriksaan dijalankan terhadap warga asing itu.
“Kesemua warga asing ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut kerana disyaki dengan munasabah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 56 (1) (l) Akta Imigresen 1959/63.
“Imigresen Kelantan menggesa orang ramai tampil menyalurkan maklumat PATI atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudahcara dan bersubahat dalam melindungi PATI.
35 PATI termasuk dua remaja lelaki ditahan di Kota Bharu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET