Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Dua premis kedai musnah dalam kebakaran

Dua premis kedai musnah dalam kebakaran

Dua premis kedai musnah dalam kebakaran
Dua buah kedai menjual produk dan barangan plastik musnah dalam kebakaran dekat Pekan Jitra. – Foto NSTP/Ihsan Pembaca

JITRA: Dua buah premis kedai yang menjual produk dan barangan plastik dekat Pekan Jitra di sini musnah dalam kebakaran malam ini.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Abd Fataf Amdan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.13 malam tadi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Sezali Hassan dan dibantu sepasukan anggota dari BBP Bukit Kayu Hitam serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 dan memaklumkan menerima panggilan kecemasan kebakaran kedai.

“PGO Kedah mengarahkan BBP Jitra dan Bukit Kayu Hitam dengan bantuan PBS Tunjang ke lokasi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?


“Komander Operasi melaporkan kebakaran itu membabitkan dua buah kedai bangunan jenis kekal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abd Fataf berkata, anggaran awal kemusnahan adalah 90 peratus daripada kedua struktur.

Beliau berkata, kejadian berlaku tidak membabitkan mangsa dan api berjaya dikawal jam 9.35 malam.

“Kerja-kerja pemadaman masih dijalankan ketika ini dan maklumat akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

“Setakat ini, punca dan kerugian masih dalam siasatan ,” katanya.

Difahamkan, kebakaran itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar.

Dua buah premis kedai yang menjual produk dan barangan plastik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker