Yuqi rangkul gelaran Seluruh England buat kali kedua
Yuqi rangkul gelaran Seluruh England buat kali kedua

Birmingham: Pemain perseorangan lelaki China, Shi Yuqi, menambah koleksi kejuaraannya di Seluruh England selepas menewaskan wakil Taiwan, Lee Chia Hao, dalam aksi final sebentar tadi.
Yuqi, yang turun selaku pilihan utama kejohanan, mempamerkan keunggulan dengan kemenangan straight set 21-17, 21-19 dalam masa 51 minit di Arena Birmingham.
Pemain nombor satu dunia itu mengekalkan ketenangan sepanjang perlawanan meskipun Chia Hao cuba bangkit di penghujung set kedua.
Kejayaan ini menyaksikan Yuqi meraih gelaran keduanya di Seluruh England selepas kali pertama muncul juara pada 2018.
Sebaik mengesahkan kemenangan, Yuqi mengangkat tangan sambil diraikan sorakan gemuruh peminat, sebelum mengungkapkan penghargaan kepada penyokong dengan berkata dalam bahasa Inggeris: “Terima kasih, saya sayang kamu semua.”
Yuqi rangkul gelaran Seluruh England buat kali kedua
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET