Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Jaringan Muniz, Sessegnon tumbangkan Spurs

Jaringan Muniz, Sessegnon tumbangkan Spurs

Jaringan Muniz, Sessegnon tumbangkan Spurs
SESSEGNON meraikan jaringan yang disumbangkannya. FOTO Reuters

London: Rodrigo Muniz dan Ryan Sessegnon muncul wira Fulham apabila masing-masing menjaringkan gol lewat untuk menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.

Fulham jelas lebih dominan di babak pertama tetapi gagal memanfaatkan peluang, sebelum Spurs meningkatkan permainan selepas rehat dengan Dominic Solanke dua kali menanduk liar dan satu percubaan lain tersasar dari jarak dekat.

Bagaimanapun, Muniz akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-78 menerusi penyudah pertama yang cukup kemas, sebelum Sessegnon – produk akademi Fulham yang menyertai Spurs pada 2019 sebelum kembali tahun lalu – menambah gol kedua pada minit ke-88 untuk memastikan kemenangan.

Kemenangan itu meletakkan Fulham di tangga kelapan dengan 45 mata daripada 29 perlawanan, hanya tiga mata di belakang Manchester City di tempat kelima, yang mungkin cukup untuk kelayakan Liga Juara-Juara musim depan.

Sementara itu, Spurs kekal di tangga ke-13 dengan 34 mata daripada 29 perlawanan, sekali lagi gagal memanfaatkan peluang untuk memperbaiki kedudukan liga.

 

Rodrigo Muniz dan Ryan Sessegnon muncul wira Fulham apabila masing-masing

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker