Nenek Esah yang tular di TikTok meninggal dunia
Nenek Esah yang tular di TikTok meninggal dunia

Kota Bharu: Wanita warga emas dikenali sebagai Esah Hamat yang tular di TikTok kerana gelagatnya termasuk yang mencuit hati meninggal dunia, Jumaat lalu.
Wanita berkenaan yang berusia lingkungan 100 tahun meninggal dunia pada 5 petang.
Nenek berkenaan mempunyai enam anak, 56 cucu, 101 cicit serta 12 piut sering mendapat perhatian di TikTok berikutan gelagatnya bersama cucunya, Aliff Haikal.
Pemergian nenek berkenaan dikongsi oleh Aliff Haikal yang mendapat tontonan lebih 500,000 di laman TikTok.
Beberapa rakaman video Nenek Esah yang dimuat naik oleh Aliff Haikal sering mendapat perhatian ramai dan menganggapnya sebagai ‘nenek online’ kepada mereka.
Ramai yang memberi komen positif berikutan melihat gelagat nenek berkenaan yang sentiasa tersenyum dan memberi kerjasama apabila tahu dirinya dirakam.
@alif_haika1 Innalillahiwainnailaihirojiun…. Sama2 sedekahkan Al-Fatihah Buat Esah binti Hamat…
Nenek Esah yang tular di TikTok meninggal dunia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET