Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Tak sangka pengakhiran hayat abang dalam longkang – Adik

Tak sangka pengakhiran hayat abang dalam longkang – Adik

Tak sangka pengakhiran hayat abang dalam longkang - Adik
MANGSA ditemukan bersama motosikal miliknya dalam longkang di Jalan Kampar-Tapah. FOTO Ihsan Polis

Kuala Selangor: “Tiga hari dia ‘berada’ dalam longkang bersama motosikal yang saya berikan kepadanya. Tidak sangka begini pengakhiran hayat arwah,” kata Nor Shaeleza Husin, 37.

Nor Shaeleza adalah adik kepada Izrul Husin, 42, yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu sebelum mayatnya ditemukan di Jalan Kampar-Tapah, Kampar, Perak tengah malam tadi.

Suri rumah itu berkata, dia sedih dengan pemergian arwah yang juga anak keenam daripada lapan beradik itu namun reda dengan ketentuan Allah SWT.

Bagaimanapun katanya, dia tidak menyangka kerisauan memikirkan di mana keberadaan Izrul semasa menunaikan solat Tarawih malam tadi di samping mengenang pemergian ibu bapanya menjadi kenyataan.

“Apabila saya teringat abang, teringat ibu dan ayah yang sudah meninggal dunia. Pada masa sama rasa gelisah bercampur sebak tiba-tiba datang seperti ada sesuatu yang terjadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Selepas solat, adik-beradik saya bersama rakan-rakan ke Kampar untuk mencari abang sebelum salah seorang mereka menjumpainya dalam longkang jam 12.20 tengah malam,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Bestari Jaya di sini, hari ini.

Nor Shaeleza berkata, kali terakhir dia bertemu Izrul pada 29 Januari lalu semasa majlis pertunangan anak seorang daripada abangnya.

Dia berkata, Izrul yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 16 tahun disifatkan pendiam dan kurang bercakap namun rapat dengan abangnya yang nombor tujuh.

“Sebelum hilang, abang pernah cakap pada rakan mahu balik ke kampung isterinya di Alor Setar, Kedah untuk membeli persiapan Aidilditri.

“Setiap kali raya, makanan kegemarannya adalah kuih Kemboja. Tetapi tahun ini ia hanya tinggal kenangan,” katanya.

Jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman UDA, Alor Setar, 3.50 petang tadi.

Tak sangka pengakhiran hayat abang dalam longkang - Adik
JENAZAH Izrul selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman UDA, Alor Setar, Kedah. FOTO ihsan keluarga

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud dilaporkan berkata, mayat pengawal keselamatan itu ditemukan bersama motosikal dinaikinya dalam longkang sedalam 1.2 meter berdekatan tanah perkuburan bukan Islam.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa disyaki terbabas sendiri sewaktu menaiki motosikal dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Ipoh.

Tak sangka pengakhiran hayat abang dalam longkang – Adik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker