Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Polis buka siasatan kes pelajar austime dikasari pembantu pengurusan murid

Polis buka siasatan kes pelajar austime dikasari pembantu pengurusan murid

Polis buka siasatan kes pelajar austime dikasari pembantu pengurusan murid

KUALA LUMPUR: Polis menjalankan siasatan berhubung seorang pembantu pengurusan murid mengasari pelajar autisme berusia tujuh tahun di sebuah sekolah rendah di Kelana Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, kertas diasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Menurutnya, siasatan berkenaan dijalankan selepas pihaknya mengesan posting yang telah dimuat naik di dalam aplikasi Tik Tok yang memaparkan kejadian berkenaan pada 3 petang, hari ini.

“Susulan itu Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, ibu kepada murid berkenaan juga sudah hadir memberi keterangan kepada polis hari ini.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu dimohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan bilik gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222,”katanya.

Polis buka siasatan kes pelajar austime dikasari pembantu pengurusan murid


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker