Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

PGA rampas mercun, bunga api bernilai RM1.22 juta di Tumpat

PGA rampas mercun, bunga api bernilai RM1.22 juta di Tumpat

PGA rampas mercun, bunga api bernilai RM1.22 juta di Tumpat
Mercun dan bunga api yang dirampas di Kampung Bunohan, Tumpat. – Foto PGA

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas mercun dan bunga api pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM1.22 juta dari sebuah rumah di Kampung Bunohan di sini, petang semalam

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata dalam Op Taring Charlie jam 6.45 petang itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 31 tahun.

“Pada mulanya serbuan dalam rumah yang dijadikan transit itu tidak menjumpai apa-apa barang menyalahi undang-undang.

“Bagaimanapun, pemeriksaan terhadap sebuah lori di hadapan premis itu membawa kepada penemuan berpuluh kotak disyaki mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api.

“Dokumen berkaitan barang ditunjukkan oleh pemilik premis agak meragukan. Berikutan itu, polis merampas semua barang berkenaan yang dianggarkan bernilai RM1.22 juta,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?


Nik Ros Azhan berkata mercun dan bunga api itu disyaki untuk pasaran tempatan sempena sambutan Aidilfitri yang dijangka hujung bulan ini.

Katanya, lagi nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM1.4 juta termasuk lori.

“Semua rampasan termasuk suspek dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tumpat, Kelantan untuk siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 195,” katanya.

PGA rampas mercun, bunga api bernilai RM1.22 juta di Tumpat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker