Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Wanita maut jatuh jejambat, dilanggar kenderaan

Wanita maut jatuh jejambat, dilanggar kenderaan

Wanita maut jatuh jejambat, dilanggar kenderaan
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian – Foto Polis

SHAH ALAM: Seorang wanita ditemui maut, dipercayai jatuh dari sebuah jejambat berhampiran i-City di Kilometer (KM) 6.5 Lebuh Raya Persekutuan arah Shah Alam menghala ke Klang, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, S Vijaya Rao, berkata pihaknya menerima panggilan orang awam berhubung kejadian itu pada jam 3.17 petang tadi.

“Sebaik saja maklumat diterima, anggota kereta peronda polis terus ke lokasi dan mendapati seorang wanita warganegara tidak pasti, berada dalam keadaan terbaring di atas jalan berkenaan.

“Si mati disahkan meninggal dunia oleh pembantu pegawai perubatan dari Hospital Shah Alam.

“Hasil siasatan awal mendapati si mati dipercayai terjatuh dari jejambat ke atas jalan itu dan turut dilanggar kenderaan orang awam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?


Susulan itu, Vijaya Rao berkata, satu kertas siasatan mati mengejut (SDR) dibuka.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa, boleh menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat kes, Sarjan Shaharuddin melalui talian 013-3736222,” katanya.

Wanita maut jatuh jejambat, dilanggar kenderaan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker